by rizman » Wed Sep 19, 2007 9:36 am
Kebanyakan jawapan yang akan anda jumpa dalam buku atau forum internet akan memberikan jawapan terus kepada warna jalur dan uniform yang dipakai di perkhidmatan awam (i.e. hospital kerajaan).
Warna bukanlah satu isu sangat di dalam bidang kejururawatan ini. Warna-warna ini sengaja dibuat oleh pihak-pihak tertentu untuk memudahkan pengecaman.
Sebagai contoh di Hospital Taiping (1999), jururawat berdaftar (dan jururawat pelatih) memakai baju bewarna PUTIH. Ketua Jururawat (sister) pula memakai baju bewarna BIRU MUDA. Pengurus Jururawat (matron) pula memakai warna BIRU GELAP (seaakan-akan hitam - tetapi bukan biru baju polis).
Bagi jalur pada 'cap' / tudung jururawat pula... menurut kajian ringkas saya, warna-warna tersebut mencerminkan bidang yang jururawat itu bertugas. Warna BIRU dipakai oleh jururawat berdaftar (dalam wad), MERAH pula bagi jururawat bidang perbidanan, warna KUNING pula dipakai oleh jururawat pergigian.
Tidak semua institusi kesihatan terutamanya swasta (pusat perubatan dan hospital) menggunakan warna yang sama.
Di Pusat Perubatan Universiti Malaya (2003) misalnya, semua peringkat jururawat tidak memakai 'cap' (kecuali jururawat pelajar). Pakaian jururawat yang bertugas di wad tidak ada bezanya dengan sister kecuali, warna tudung mereka. Warna BIRU yang dahulunya dipakai oleh pengajar jururawat, kini merupakan uniform bagi semua jururawat pelajar lelaki dan perempuan.
Warna uniform juga berbeza mengikut unit, misalnya jururawat di Unit ICU (PPUM) memakai baju MERAH JAMBU. Manakala jururawat di Unit Kecemasan dan Kemalangan memakai baju HIJAU ala siri TV perubatan "ER". Di Hospital lain mungkin uniform BIRU, MERAH JAMBU, ini merujuk kepada jururawat di wad.
Sebenarnya tiada standard universal yang tetap dalam penggunaan warna ini.
sekiranya nanti anda terbaca dalam mana-mana penerbitan jawapan yang lebih kurang sebegini, ...mungkin penulis artikel tersebut ambil idea dari forum ini.
(nota: Perenggan pertama & terakhir baru ditambah hari ini 19/11/2007)
©1999-2009 Jururawat.net (10 tahun meng-INTERNET-kan kejururawatan Malaysia)
Jawapan saya merupakan pendapat peribadi. Liabiliti terhadap kerugian / kerosakan tidak boleh dipertanggungjawabkan kepada saya atau Jururawat.net. Anda dinasihatkan merujuk kepada profesional sebenar untuk jawapan yang lebih berkredibiliti.
71905-stats KKM2008